Pengenalan Syarikat

Shamie Catering & Event Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan katering lengkap dan perkhidmatan perancangan majlis. Selain dari itu kami juga menyediakan perkhidmatan seperti Pelamin, Busana Persandingan, Fotografi, Vidigrafi, Kad Kahwin, Kanopi, PA Sistem & DJ serta Gubahan Bunga.

Dengan pengalaman lebih dari 5 tahun, bermula dari tahun 2009 dengan penubuhan syarikat shahmie catering pada peringkat awalnya dan diperkemaskan lagi dengan penubuhan syarikat Shahmie Catering & Event Sdn Bhd pada tahun 2011 atas dasar keseriusan kami dalam memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Setiap individu disetiap bahagian mempunyai kemahiran yang tersendiri serta pelbagai, justeru membolehkan syarikat memberikan penyelesaian yang efektif dan pelbagai kepada setiap pelanggan dalam perancangan majlis mereka.

Kami masih lagi dalam industri yang kompetetif ini dengan menaik taraf mutu perkhidmatan kami dari masa kesemasa demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Syarikat kami telah berkembang dengan baik walaupun banyak persaingan di pasaran. Bangga kami ingin menyatakan bahawa kami telah mencipta dan menjalin satu ikatanyang baik bersama pelanggan-pelanggan kami.

Dengan slogan “Layanan Mesra, Kelazatan Terasa” yang digarap oleh kami bagi memberikan perkhidmatan dan kualiti makanan yang terbaik, menjadi penanda aras dalam melaksanakan setiap majlis.

Misi Kami

Misi yang jelas akan memberikan impak yang maksima:

  • Matlamat kami adalah untuk menggabungkan kreativiti, semangat dan profesionalisme dalam segala yang kami lakukan.
  • Kami berkemahiran dalam menjadikan visi atau impian anda mejadi realiti
  • Kami menumpukan perhatian kepada kehendak pelanggan dalam keadaan apa jua sekalipun mereka berada.
  • Sejauh mana produk dan perkhidmatan yang kami berikan ianya tidak terhad, ia bergantung kepada sejauh mana imaginasi anda.

Bagaimana Kami Memberikan Perkhidmatan

Screen Shot 2016-12-20 at 7.12.47 AM
bagaimana kami dapat membantu anda?

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai persoalan tentang perkhidmatan yang kami berikan.

“Alhamdulillah majlis resepsi kami berjalan dengan begitu baik sekali, terima kasih saya ucapkan kepada pihak Shahmie Catering & Event, makanan pun sedap…”

Akem Aiman & Ainaa ZA
Pakej Berhidang Dome, Dewan

Anda mencari katerer dan pengendali majlis ?